Hajiji membincangkan perkara rasmi dengan Anwar di Putrajaya hari ini.
PUTRAJAYA: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini hari ini untuk membincangkan hal-hal pembangunan di Sabah.
Mesyuarat selama sejam di Pejabat Perdana Menteri itu adalah sebahagian daripada program rasmi empat hari Ketua Menteri di ibu negara.

Hajiji juga akan mengetuai perwakilan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ke mesyuarat Majlis Perundingan Kepimpinan Kerajaan Perpaduan esok yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur.
Ketua Menteri akan mengiringi Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin ke Persidangan Majlis Raja-Raja selama dua hari mulai Rabu di Istana Negara.































