Pasukan bomba ketika melakukan pemadaman kebakaran itu. – Ihsan Bomba
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak, PPgB Mohamad Omarbatha memberitahu, kejadian berlaku di Kampung Madai, pada kira-kira jam 9 malam.
Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.
“Panggilan diterima menerusi talian MERS999 pada jam 9.22 malam san sepasukan 11 anggota diketuai oleh Komander Operasi, PBK I Abdul Rasah Kaluang bergegas ke lokasi.
“Setiba di tempat kejadian yang terletak 12 kilometer dari BBP itu, didapati satu kebakaran melibatkan dua buah rumah jenis tidak kekal.
“Rumah pertama adalah rumah dua tingkat berkeluasan 40×60 kaki dan rumah kedua berkeluasan 34×50 kaki. Kedua-duanya terbakar 100 peratus,” katanya.
Menurut Mohamad, pasukan bomba memadam kebakaran menggunakan satu aliran dua pancutan 200 kaki dengan sumber air dari jentera.
Katanya, tiada mangsa terlibat dilaporkan, dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 10.50 malam.





























