KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor menyampaikan cenderamata kepada Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr. Rose Nani Mudin semasa menerima kunjungan perpisahan di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini kelmarin. (gambar)
Bagi pihak Kerajaan Negeri, Hajiji merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Rose di atas jasa dan sumbangan sepanjang berkhidmat di Sabah.
Dr. Rose yang bersara wajib hari ini, menyandang jawatan pengarah sejak Julai tahun 2021.



























