Anwar Ibrahim menimang cucunya iaitu yang ke-13. – FB Anwar Ibrahim
PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi khabar gembira menimang seorang lagi cucu hari ini.
Menurut Utusan Malaysia, menerusi perkongsian di Facebook beliau, Anwar melahirkan perasaan syukur kerana menerima kehadiran cucu ke-13.
“Syukur ke hadrat Ilahi tatkala saya dan Azizah hari ini menerima kehadiran cucunda ke-13. Alhamdulillah.
“Tahniah anakanda Nuha dan Khairul,” katanya.
Pada bulan lalu, Anwar turut menimang seorang cucu perempuan daripada anaknya, Nurul Ilham dan pasangannya, Mitsuru Luqman Watanabe.