PULAU PINANG (Bernama): PETRONAS Dagangan Berhad (PDB), dengan kerjasama Yayasan PETRONAS dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada 7 April meningkatkan kehidupan komuniti dengan Bakul Rahmah – sebuah inisiatif yang diterajui oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) – di majlis penyerahan khas yang diadakan di Stesen PETRONAS BKE2 di Pulau Pinang.
Sejajar dengan program Memacu Kehidupan anjuran Yayasan PETRONAS, inisiatif ini akan diperluaskan ke musim perayaan utama yang lain seperti Kaamatan, Gawai, Deepavali serta Krismas, dan akan memanfaatkan lebih daripada 9,000 keluarga di seluruh negara. Penerima Bakul Rahmah akan menerima kad hadiah PETRONAS yang boleh digunakan untuk membeli bahan api dan barangan dari Kedai Mesra di stesen PETRONAS, serta keperluan makanan asas dan barangan makanan perayaan.
Mengulas tentang inisiatif ini, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Azrul Osman Rani berkata, “Komitmen kami untuk menjadikan kehidupan pelanggan lebih mudah dan bermanfaat turut diperluas kepada komuniti di mana kami beroperasi. Kami berbesar hati menyokong pihak KPDN dalam memberi impak positif kepada komuniti dan menyebarkan kegembiraan kepada mereka yang paling memerlukan. Di PDB, kami percaya setiap individu berhak merasai kemeriahan dan meraikan saat-saat bermakna di Hari Raya, tanpa mengira status mereka.”
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan PETRONAS, Shariah Nelly Francis menambah, “Objektif inisiatif Memacu Kehidupan adalah untuk mempertingkat kebajikan dan memberi impak positif kepada masyarakat sekeliling melalui sumbangan dalam bentuk barangan. Kami memahami mereka mungkin berdepan dengan pelbagai cabaran ketika musim perayaan, dan kami berharap sumbangan ini dapat membantu memberi kegembiraan dan keselesaan kepada mereka dan orang tersayang.”
Untuk Hari Raya Aidilfitri, inisiatif Memacu Kehidupan Bersama Bakul Rahmah akan memanfaatkan lebih daripada 4,000 keluarga.
ABOUT PETRONAS DAGANGAN BERHAD
PETRONAS Dagangan Berhad is the principal domestic marketing arm of Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), the national oil company, which holds 63.94% of its equity. Incorporated in Malaysia under the Companies Act 1965 on 5 August 1982 and listed on the Main Board of Bursa Malaysia on 8 March 1994, PDB has since established itself as Malaysia’s leading retailer and marketer of downstream oil and gas products.
The Company markets a wide range of high-quality petroleum products including motor gasoline, aviation fuel, kerosene, diesel, fuel oil, bunker fuel, lubricants, liquefied natural gas (LNG) liquefied petroleum gas (LPG) and bitumen in Malaysia.
As part of its strategy to grow its non-fuel offerings, the Company has incorporated Mesra Retail & Café Sdn Bhd in 2021, which focuses on food and beverage (F&B) business.
Since 2015, PDB has been certified as a constituent company member of FTSE4Good Index Series – a testament to the Company’s demonstration of strong environmental, social and governance practices measured against globally recognised standards.
SUMBER: PETRONAS Dagangan Berhad (PDB)





























