Hajiji bersalaman dengan Anwar sebelum menghadiri mesyuarat pra majlis di Empire Hotel sempena lawatan rasmi dua hari Perdana Menteri ke Negara Brunei Darussalam hari ini.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri mesyuarat pra majlis bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menjelang menghadap Sultan Brunei di Bandar Seri Bengawan esok.
Hajiji dan Premier Sarawak, Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Openg bersama dalam rombongan Perdana Menteri untuk lawatan rasmi dua hari ke negara tersebut.

Anwar mempengerusikan mesyuarat pra majlis di Empire Hotel, Bandar Seri Begawan.
Susulan menghadap Sultan Hassanal Bolkiah esok, Perdana Menteri, Hajiji dan Abang Jo akan menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Brunei Darussalam.