Verdon (tengah) menerima skrol Tahun Baharu Cina 2023.
KUDAT: Kemeriahan Pesta Tahun Baharu Cina 2023 di Dewan Tun Mustapha dekat sini, dikongsi lebih 1,000 tetamu.
Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda berkata kemeriahan tersebut memperlihatkan keharmonian serta kesatuan dalam kepelbagaian kaum dan keunikan budaya yang perlu diteruskan oleh generasi akan datang.
“Justeru, saya menyeru masyarakat agar terus memelihara budaya dan perpaduan antara kaum melalui perayaan.
“Tumpuan utama saya sebagai wakil rakyat adalah sedaya upaya membantu semua lapisan masyarakat yang menghadapi kesusahan,” katanya semasa merasmikan sambutan berkenaan, pada Khamis.
Hadir sama, Pegawai Daerah Kudat, Bakri Nanun, Pegawai Eksekutif, Lembaga Bandaran Kudat, Mumin Amsah, Ketua Persatuan Cina Malaysia (MCA) Daerah, Lee Sip Kim dan ketua-ketua persatuan dan pertubuhan Cina Daerah Kudat.



























