Sebuah kapal penangkap ikan musnah terbakar di Semporna pagi tadi. – Ihsan Bomba
SEMPORNA: Sebuah kapal penangkap ikan musnah terbakar di sini pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Air Semporna, PBK I Abdul Kadir Haji Halalan memberitahu, kejadian berlaku di Bukit Sakong Sungai Buaya pada kira-kira jam 9.50 pagi.
“Panggilan diterima menerusi talian MERS999 pada jam 9.55 pagi dan sepasukan enam anggota diketuai oleh Komander Operasi, PBK II Hajim Abdul Malak dikejarkan ke lokasi.

“Setiba ditempat kejadian yang terletak 21 kilometer dari balai itu, didapati satu kebakaran melibatkan sebuah kapal penangkap ikan.
Operasi pemadaman dijalankan, katanya, sambil menambah tiada mangsa dilaporkan terlibat.































