Fadillah dan Hajiji menyaksikan penyampaian kunci replika Rumah SMJ oleh Safar Untong (kiri) kepada Mohd Fuad (kanan).
PAPAR: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menyertai ribuan orang pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd. Ali dan ADUN Kawang, Datuk Ghulam Haidarkhan Bahadar di Dewan SMK Pengalat di sini, hari ini.
Pada majlis itu, Hajiji dan Fadillah menyaksikan penyerahan simbolik kunci replika Rumah SMJ bagi 120 unit yang akan dibina di kawasan parlimen Papar.

Fadillah (tengah) dan Hajiji menyaksikan penyampaian cek replika pembinaan landasan sintetik di Padang Pekan Papar dari Safar (kiri) ke Mohd Fuad (kanan).
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong menyerahkan kunci kepada Pegawai Daerah Mohd. Fuad @ Frederick Julianus Atik.
Safar turut menyampaikan cek replika berjumlah RM1.2 juta bagi pembinaan trek sintetik Padang Papar.

Fadillah and Hajiji at the Papar MP and Kawang Assemblyman’s Aidilfitri open house.
Terdahulu di Kota Kinabalu, Ketua Menteri menyertai Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin pada rumah terbuka Aiidilfitri perkhidmatan awam Persekutuan yang diadakan di Kompleks Pentadbiran Persekutuan Negeri.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Armizan Mohd. Ali, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Kadzim M. Yahya, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Persekutuan, Datuk Dr. Zulkapli Mohamad, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong, Setiausaha Persekutuan Negeri, Datuk Makhzan Mahyuddin, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun dan ketua-ketua jabatan persekutuan.































