Oleh: Rashid Ating
Telah sepuluh bulan berlalu sejak Covid-19 mula melanda dunia setelah kes pertama yang dilaporkan di Wuhan, China, awal Januari tahun ini. Wabak ini seakan-akan tidak ada pengakhirannya. Dengan gelombang kedua yang sedang berlaku di beberapa buah negara meskipun pelbagai sekatan yang telah dilaksanakan, membuatkan beberapa negara terperangkap dalam pelbagai keadaan sama ada telah pun bersedia menghadapi gelombang seterusnya atau, sedang terjebak dalam hal-hal lain selain daripada mencuba untuk mengekang penularan wabak tersebut. Perkara ini terbukti setelah meletusnya protes di Indonesia disebabkan penguatkuasaan undang-undang buruh yang terbaru (New York Times, 2020).
Sementara itu, di Malaysia, pergolakan dalam kalangan ahli politik terus berlanjutan bahkan di saat yang semakin meruncing ini. (TODAYonline, 2020). Pandemik ini kian bermaharajela, membunuh dan menjangkiti mangsanya tanpa mengira darjat mahupun status, bermula dari para pemimpin dunia sehingga penganggur yang tidak mempunyai pekerjaan, tinggal dalam kawasan yang sesak dan padat di pinggir ibu kota.
Walaupun beberapa negara sudah melewati gelombang pertama dan kedua, gelombang ketiga ini jauh lebih sukar untuk ditangani daripada yang dijangkakan. Malaysia mengalami situasi ini apabila jumlah kes yang disahkan secara tiba-tiba meningkat dan berubah menjadi tiga digit dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Oleh itu, elemen utama dalam menangani ancaman wabak Covid-19 ialah pekerja barisan hadapan. Mereka merupakan kompenan penting dalam membasmi, merawat dan sebagai garis pertahanan pertama terhadap musuh yang tidak dapat dilihat dalam peperangan ini.
Pekerja barisan hadapan atau pekerja penjagaan kesihatan (Health Care Workers) terdiri daripada kakitangan perubatan seperti: doktor, jururawat dan pembantu, paramedik, kakitangan ambulans, pekerja hospital, pegawai perubatan, pakar perubatan, ahli patologi, polis dan lain-lain (Tan Poh Tin, 2020). Mereka juga adalah manusia biasa yang mempunyai pasangan, keluarga, dan anak-anak yang menunggu kepulangan mereka di rumah. Pengorbanan dan penat lelah mereka dalam mengamankan negara semasa situasi yang kritikal ini membuatkan kerajaan Malaysia terhutang budi dengan dengan golongan ini. Mereka membahayakan nyawa mereka setiap hari dengan merawat pesakit yang disahkan terkena jangkitan Covid-19.
Hasilnya, mereka dipuji diatas usaha mereka, diberikan imbuhan oleh pihak pemerintah selain daripada gaji bulanan mereka sebagai salah satu bentuk ganjaran, dan mendapat penghormatan yang tinggi dalam kalangan masyarakat. Penghormatan kepada mereka ini tidak terhenti setakat itu sahaja, diwujudkan juga satu kaunter bayaran balas khas di pasar raya yang dikhaskan untuk para petugas barisan hadapan yang memakai pakaian seragam mereka (Tesco Malaysia, 2002). Mereka bahkan dianggap sebagai pahlawan negara setelah berjaya mengekang penularan gelombang pertama dan kedua wabak ini.
Jika hendak dibandingkan dengan petugas barisan barisan hadapan di negara-negara jiran Asia Tenggara yang lainnya, barisan depan di Malaysia tidak menghadapi keganasan fizikal yang serius. Contohnya, di Filipina, seorang penyerang yang tidak dikenali menumpahkan peluntur kepada pekerja hospital (Tan Poh Tin, 2020). Manakala, di Indonesia, penduduk mengabaikan pesanan pekerja barisan hadapan yang berjalan di jalan utama, memberikan peringatan untuk tinggal di rumah semasa gelombang pertama dan kedua Covid-19. Lebih menyedihkan lagi apabila, terdapat sebilangan warganegara Indonesia juga tidak mengikuti arahan pemerintah dengan melakukan Solat Jumaat walaupun telah memberi amaran sebelumnya oleh pihak pemerintah di kawasan terbabit untuk menangguhkan sebarang aktiviti-aktiviti keagamaan (CNA, 2020).
Namun begitu, barisan hadapan Malaysia turut mengalami keganasan psikologi dan dipersalahkan sehingga menyebabkan terjadinya diskriminasi terhadap anak-anak mereka disebabkan kerana profesion mereka. Masyarakat awam berpandangan bahawa kanak-kanak ini berkemungkinan sekali terdedah disebabkan kerana mereka juga menghantar anak-anak mereka ke pusat jagaan yang sama seperti dengan pekerja di barisan hadapan ini. Namun, setelah diteliti semula, pekerja barisan hadapan ini tidak mempunyai pilihan selain menghantar anak mereka ke pusat jagaan kanak-kanak disebabkan oleh waktu bekerja yang panjang.
Disebabkan oleh persekitaran kerja yang berbahaya, mengharuskan mereka untuk berada dalam pelindungan pakaian lengkap (PPE) yang tidak membenarkan mereka untuk makan, minum mahupun untuk pergi ke tandas dalam jangka masa panjang. Setelah beberapa tindakan balas dari pakar pediatrik tempatan dan persatuan profesional perubatan, stigma ini agak sedikit berkurangan setelah pernyataan yang dikeluarkan sebelum ini oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat seperti yang dinyatakan dalam Lampiran 12, Bahagian 2.1.2 “bahawa anak-anak di barisan hadapan adalah berisiko lebih tinggi untuk mendapat jangkitan Covid-19 berpunca daripada ibu ataupun bapa mereka. Tempat terbaik untuk mereka adalah di rumah, dan jika mereka berhasrat menghantar anak-anak mereka di pusat jagaan kanak-kanak, mereka mesti diasingkan dari anak-anak lain”. (CodeBlue, 2020). Kenyataan ini telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan pekerja barisan depan kerana mereka merasakan bahawa tindakan ini merupakan salah satu bentuk pelanggaran dan pencabulan kepada hak asasi manusia mereka.
Pertempuran ini masih belum selesai, walaupun secara realiti pekerja barisan hadapan sedang berada dalam kelelahan, ditambah dengan keadaan mental mereka yang semakin bertambah buruk akibat waktu kerja yang agak panjang, amat berbeza sekali jika hendak dibandingkan dengan waktu kerja biasa yang mereka jalani seperti sebelum berlakunya wabak ini. Dalam beberapa situasi sebelum gelombang pertama dan kedua dapat dicegah, beberapa hospital di Malaysia terpaksa membuat keputusan yang agak drastik dengan menguatkuasakan kuarantin bagi kesemua staf di hospital tersebut selama beberapa hari, bertujuan untuk mencegah penyebaran virus dalam kalangan masyarakat contohnya di Hospital Besar Lahad Datu, Sabah. Langkah tersebut menyebabkan pekerja barisan hadapan menjadi kurang bermotivasi, disebabkan mereka tidak dapat melihat orang yang mereka sayangi untuk beberapa ketika.
Akhir sekali, tanggungjawab untuk memastikan kesejahteraan pekerja barisan hadapan ini tidak sepatutnya terletak di bahu para pemerintah sahaja tetapi juga kepada kesemua anggota masyarakat. Dari sudut lain, organisasi korporat perlu campur tangan dan mengambil tindakan bersama. Sebagai contoh, dengan memberikan faedah atau pampasan tambahan kepada pekerja barisan hadapan dan waris mereka seandainya mereka dijangkiti Covid-19 atau dalam situasi terburuk, meninggal dunia disebabkan wabak ini.
Untuk program jangka masa panjang, disarankan agar pihak pemerintah memberikan PTSD (gangguan tekanan pasca-trauma) kepada para pekerja barisan depan, manfaat yang sama diterima seperti veteran perang konvensional (Tan Poh Tin, 2020).
Mengenai Penulis

Rashid Ating. Penyelidik di Jabatan Ekonomi dan Statistik Gunaan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi (FPE) dan Penyelidik di Institut Pengajian Termaju (IAS), Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur. Malaysia.
Rujukan
CodeBlue. (2020), “Are Frontliners Being Treated Unfairly? – 250 Paediatricians & Malaysian Paediatric Association”, diakses daripada, https://codeblue.galencentre.org/2020/05/23/are-frontliners-being-treated-unfairly-250-paediatricians-malaysian-paediatric-association/, pada 14 Oktober 2020.
CNA. (2020), “Ignoring government appeals, some Jakarta mosques hold Friday prayers”, diakses daripada, https://www.channelnewsasia.com/news/asia/indonesia-jakarta-friday-prayer-mosque-muslim-despite suspension12560676?cid=h3_referral_inarticlelinks_24082018_cna, pada 4 November 2020.
New York Times. (2020), “Protests Spread Across Indonesia Over Jobs Law”, diakses daripada, https://www.nytimes.com/2020/10/08/world/asia/indonesia-protests-jobs.html, pada 14 Oktober 2020.
Tan Poh Tin. (2020), “Saluting Our Covid-19 Frontliners”, diakses daripada, https://codeblue.galencentre.org/2020/07/21/saluting-our-covid-19-frontliners/, pada 14 Oktober 2020.
Tesco Malaysia. (2020). https://www.facebook.com/TescoMY/posts/dedicated-queue-lane-payment-counter-for-frontliners-and-the-elderly-for-frontli/3068628906508329/, pada 14 October 2020.
TODAYonline. (2020), “Malaysian police to quiz Anwar on list of MP backers”, diakses pada, https://www.todayonline.com/world/malaysian-police-quiz-anwar-list-mp-backers, pada 14 Oktober 2020.
Artikel yang sama dalam versi Bahasa Inggeris telah diterbitkan di Southeast Asia in Crisis: Opinions on the State of Human Rights and Peace in The Time of Covid-19, Universiti Mahidol, Thailand bertajuk “Saviour or Stigmatized? A Malaysia Perspective on COVID-19 Frontliners”. Versi asal artikel ini bole diakses pada pautan berikut: https://shapesea.com/op-ed/covid-19/saviour-or-stigmatized-a-malaysia-perspective-on-covid-19-frontliners/























