Zahid melambaikan tangan sebelum masuk ke dalam pesawat.
KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri I, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berlepas pulang ke Kuala Lumpur jam 5.50 petang tadi.
Dalam lawatan rasminya dua hari ke Sabah, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah hadir pada Majlis Sesi Pengenalan Calon UMNO, melawat Projek Kilang Roti serta menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersama Kerajaan Negeri Sabah.
Ahmad Zahid bersama rombongan yang menaiki pesawat khas berlepas melalui Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.































