KUALA LUMPUR (Bernama): Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Kelantan, Pahang, Sabah dan seluruh Terengganu hingga Rabu ini.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan, amaran itu melibatkan Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat, Kota Bharu, Machang, Bachok, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Jeli di Kelantan.
Di Pahang, kawasan yang terlibat ialah Kuantan, Pekan dan Rompin, manakala amaran meliputi seluruh Terengganu.
Sementara itu, di Sabah, amaran hujan berterusan diramal mulai esok hingga Rabu, melibatkan Kudat serta Sandakan (Paitan, Telupid, Labuk dan Sugut, Sandakan dan Kinabatangan).
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web dan media sosial rasmi MetMalaysia serta aplikasi mudah alih myCuaca.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan melalui talian hotline MetMalaysia di 1-300-22-1638. — BERNAMA





























