Tun Musa dan Hajiji bersama anggota Jemaah Menteri Negeri pada sambutan Hari Sabah di Dataran Bandaraya, Kota Kinabalu, malam tadi.
KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun (Dr.) Musa Aman dan Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor menyertai ribuan rakyat Sabah dalam sambutan Hari Sabah yang berlangsung meriah dan penuh warna-warni di Dataran Bandaraya, di sini, malam tadi.

Sambutan dimulakan dengan ucapan pengisytiharan oleh Yang di-Pertua Negeri, diikuti upacara menaikkan bendera serta pelbagai persembahan.

Antara persembahan yang diadakan ialah pertunjukan cahaya laser, nyanyian koir oleh kumpulan Male-Efficient serta persembahan pelbagai artis tempatan, sebelum tayangan montaj khas dan persembahan lagu Sabah Tanah Airku.
Turut diadakan perarakan dengan motif Hari Sabah.

Yang di-Pertua Negeri diiringi isterinya, Toh Puan Faridah Tussin, manakala Hajiji diiringi isterinya, Datin Seri Juliah Salag.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Masidi Manjun yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Sabah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman, anggota Jemaah Menteri Negeri serta wakil rakyat.






























