Tun Musa (kanan) menerima cenderamata daripada Zainudin.
KOTA KINABALU : Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) yang baharu, Datuk Zainudin Aman mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, pada Isnin.
Kunjungan berkenaan merupakan pertemuan rasmi pertama Zainudin bersama Tun Musa selepas dilantik ke jawatan tersebut berkuatkuasa hari ini.
Zainudin yang sebelum ini menjawat jawatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dilantik sebagai SKN baharu menggantikan Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong yang menamatkan perkhidmatannya pada 28 Jun lepas.
































