Hajiji bersama Sul (kanan) dan Khairul (kiri) di Sri Gaya, hari ini.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor hari ini meluangkan masa bertemu Sul Aidil Sudi, salah seorang wakil Malaysia dari Sabah yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza awal bulan ini.
Hajiji memuji keberanian Sul selepas mendengar pengalaman sukarelawan itu ketika kapal GSF yang dinaikinya dipintas oleh pasukan tentera Israel di perairan antarabangsa berhampiran Gaza.
“Saya gembira kerana anda dan rakan-rakan selamat pulang ke tanah air,” kata Hajiji kepada Sul yang berasal dari Tawau, dalam pertemuan semasa makan tengah hari di Sri Gaya, hari ini.
Turut hadir ialah Khairul Azlee Mohd Yunus dari Sandakan yang terlibat sebagai kru darat Malaysia bagi GSF di Sepanyol.
Seorang lagi sukarelawan Sabah, Zizi Kirana tidak dapat menghadiri pertemuan tersebut kerana mempunyai komitmen lain.