Antara aksi peserta badminton pada pusingan round of 16.
TAWAU : Pemain pilihan pertama kategori perseorangan lelaki dan wanita, Muhammad Nur Azhar Zunaide dan Cassey Rynn Rompog mara ke peringkat suku akhir acara badminton Sukan Sabah (SAGA) XI 2025.
Azhar yang mewakili Pitas menewaskan pemain Nabawan, Mohamad Shazlie Farish Sauli dengan pungutan mata 21-7, 21-12 manakala Cassey menundukkan atlet Sandakan, Elisa Shaninie 21-9, 21-5.
Azhar turut mara ke suku akhir bagi kategori bergu lelaki bersama pasangannya, Hafiz Hakimi Hashim selepas menewaskan lawan daripada Lahad Datu 21-7,21-8.
Turut berjaya ke suku akhir, pilihan pertama bergu wanita dari Sandakan, Jola Lim Zi Yu dan Sarah Lim Ying Sie yang turut mara bersama pasangannya, Lin Yao Rang bagi acara bergu campuran.
Pertandingan akhir dijadual akan berlangsung di Dewan Akademi Badminton Ji Min, pada Khamis.
































