Isnin (dua dari kanan) dan Ruslan (kanan) turut sama membaca surah Yasin yang dipimpin oleh Suhaidi (kiri).
KOTA KINABALU: Seramai 5,000 jemaah menghadiri Majlis Tahlil, Doa Kesyukuran dan Solat Hajat Sempena Hari Malaysia 2025.
Majlis yang diadakan di Masjid Bandaraya tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Yasin yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negeri, Suhaidi Kuanting.
Seterusnya, Timbalan Mufti Abdul Razak Hamdin memimpin bacaan doa selamat sebelum menjadi khatib dengan khutbah yang bertajuk “Kesatuan Ummah Pertahan Negara.”
Turut menunaikan Solat Jumaat dan juga solat hajat bersama para jemaah yang hadir diimamkan oleh Suhaidi ialah Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Aliasnih.
Hadir sama, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Roslan Muharam, Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Seri Samin Sabitha dan Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Awang Juri.
































