Suasana meriah ketika program PENTARAMA Homecoming.
KUDAT: Seramai 174 warga Sekolah Kebangsaan Lok Tohog, Pulau Banggi memeriahkan program Pentarama Homecoming.
Daripada jumlah berkenaan, 155 orang merupakan murid-murid manakala 19 lagi kakitangan sekolah berkenaan.
Program anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sabah itu turut dihadiri oleh Pengarah Penerangan, Jainisah Mohd Noor, pada Rabu.
Antara pengisian termasuk ceramah Kempen Internet Selamat yang disampaikan oleh sukarelawan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pulau Banggi, Borhan Resaldi, kuiz kenegaraan dan persembahan Interlude artis Pentarama Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN).
SK Lok Tohog merupakan destinasi pertama fasa kedua program Pentarama Homecoming.
Turut hadir, wakil Guru Besar SK Lok Tohog, Zainul Baharom dan Penolong Pengurus NADI Pulau Banggi, Sarina Jauneh.


































