Hajiji (dua dari kanan) Arif Havas semasa menerima kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu, hari ini.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Menteri Luar Negeri Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Arif Havas Oegroseno di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.
Beliau dalam rangka lawatan kerja selama tiga hari ke Malaysia mulai semalam, dengan dua hari di Sabah diikuti sehari di Kuala Lumpur.
Kedua-dua pihak berbincang mengenai pelbagai isu, khususnya mengenai
kesepakatan keselamatan perbatasan, selain isu ekonomi yang melibatkan kerjasama perdagangan di antara Sabah dan Indonesia.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr.Haji Safar Untong, Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Datuk Ag.Shahminan Ag.Sahari, Director Jeneral Hukum dan Perjanjian Internasional, Yang Mulia L. Amrih Jinangkung, Konsul Jeneral Republik Indonesia, Rafail Walangitan, Konsul Indonesia di Tawau, Aris Heru Utomo, Pengarah Pejabat Wilayah Sabah Kementerian Luar Negeri (KLN), Mohd. Sahafeez Shaharis dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Maritim KLN, Dr. Mohd. Norhisyam Mohd. Yusof.


































