Hajiji (kiri) ketika mengiringi Tun Musa menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-268.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor mengiringi Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman menghadiri Mesyuarat Majlis Raja- Raja Yang Ke-268 di Istana Negara, Kuala Lumpur, hari ini.
Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan
mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja, hari ini.
Ini adalah Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang pertama dihadiri Musa selepas dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11 berkuat kuasa 1 Januari 2025.

Hajiji menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-145.
Terdahulu, Ketua Menteri telah menghadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-145 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perdana Putra, Putrajaya, kelmarin.
Pada mesyuarat itu, Hajiji turut diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong.
Malam tadi, beliau turut menghadiri Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan Malaysia di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, kira-kira jam 8 malam.


































