Sebuah lori terbakar selepas terlibat dalam kemalangan dengan dua buah kereta dekat Jalan Klang -Teluk Intan, Pasir Penambang di Kuala Selangor, Selangor, hari ini. – Gambar media sosial
KUALA SELANGOR: Sebuah kereta dan lori tangki hangus selepas terlibat dalam kemalangan dekat Jalan Klang -Teluk Intan di Pasir Penambang, di sini, hari ini.
Menurut Utusan Malaysia, video kejadian tersebut tular selepas dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial yang menunjukkan kemalangan terbabit turut melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna putih.
Menerusi video itu juga, lori berkenaan terbalik dalam keadaan melintang dan menghalang laluan arah utara dan menghempap sebuah kereta.
Ketua Zon 7 Selangor Utara, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Samsol Maarif Saibani berkata kemalangan melibatkan dua kereta dan sebuah lori, namun belum dapat mengesahkan keadaan dan jumlah mangsa terlibat dalam tragedi tersebut.






























