KOTA KINABALU: Cement Industries (Sabah) Sdn.Bhd (CIS) memaklumkan bahawa bekalan simen ke pasaran Pantai Timur Sabah tidak dapat dihantar sejak 2 Januari 2025 disebabkan jalan masuk utama ke kilang CIS di Lahad Datu telah ditutup oleh individu-individu yang menuntut tanah jalan tersebut.
Dalam kenyataan hari ini, CIS menyatakan ia telah melaporkan perkara ini kepada Pegawai Daerah Lahad Datu dan Ibu Pejabat Polis Lahad Datu dan tindakan bersesuaian sedang diambil untuk menyelesaikan perkara ini.
“CIS amat kesal terhadap kejadian ini dan sentiasa berhubung dengan Pejabat Dearah dan IPD Lahad Datu agar masalah ini dapat diselesaikan segera,” katanya.


































