Japlin dan Sumardi bersama pihak pengurusan CIS memotong kek sempena sambutan Krismas CIS di Sepanggar
KOTA KINABALU: Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd (CIS) tidak ketinggalan meraikan sambutan Krismas bersama kakitangan dalam suasana penuh keceriaan dan kemeriahan.
Majlis yang diadakan di Kilang CIS Sepanggar hari ini turut menyaksikan dua ahli keluarga bekas kakitangan CIS menerima sumbangan daripada Pengerusi CIS, Datuk Japlin Akim.
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengurus Besar CIS, Sumardi Mohd. Yusof, Pengurus Kanan 1 Operasi Kilang, Ir. Rajesh Datuk Yusof, Pengurus Kanan Jualan dan Logistik, Melvyn Yong, Pengurus Kanan Kualiti, Alimat Anuar Salam, Pengurus Kanan Sumber Manusia, Ezrie Ag Raini serta barisan pihak pengurusan dan kakitangan CIS.
Dalam ucapannya, Japlin memuji pencapaian CIS yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun ini.
“Ini merupakan tahun keempat saya memegang jawatan Pengerusi CIS sejak November 2020. Saya optimis dan berharap prestasi CIS akan terus meningkat pada tahun-tahun akan datang,” katanya.
Japlin juga menyeru semua kakitangan CIS untuk menjadikan sambutan Krismas sebagai wadah mempereratkan hubungan kekeluargaan, persaudaraan dan kerjasama dalam mencapai matlamat organisasi.
Majlis sambutan Krismas ini dianjurkan oleh Kelab Rekreasi CIS dan diserikan dengan acara memotong kek serta pemberian sumbangan.






























