Fahmi (tengah) tiba di Lapangan Terbang KKIA disambut oleh Jainisah (dua dari kiri).
KOTA KINABALU : Menteri Komunikasi Malaysia Fahmi Fadzil pulang ke Kuala Lumpur selepas lawatan kerja rasmi di Sabah, jam 6.30 malam Selasa.
Dalam lawatan kerja singkat itu, Fahmi yang diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa sempat meninjau Perkhidmatan Pintar Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Puterajaya, sebelum menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Antara Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Dan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).
Hadir mengucapkan selamat jalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) ialah Pengarah Penerangan Sabah Jainisah Mohd Noor.


































