Firdaus (tengah) menerima cenderamata daripada Japlin, sambil diperhatikan oleh Kassim.
KOTA KINABALU: Persatuan Rumpun Bajau Sama Sabah telah mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan di pejabat Kementerian Seni dan Budaya (MOTAC), Putrajaya, kelmarin.
Rombongan itu diketuai Naib Presiden Persatuan Rumpun Bajau Sama Sabah, Datuk Japlin Akim. Turut serta ialah Setiausaha Agung persatuan, Datuk Kassim Razali serta ahli jawatankuasa persatuan.

Semasa pertemuan itu, Japlin memberitahu bahawa persatuan akan mengadakan Festival Kebudayaan Rumpun Bajau Sama Sabah dijangka pada bulan Februari 2025 di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Sama, Kampung Lok Batik, Tuaran.
Katanya, persatuan akan bekerjasama dengan MOTAC dan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah untuk penganjuran festival tersebut.
“Festival tersebut merupakan program tahunan PBSS,” kata Japlin.


































