Hendrus Anding
KOTA KINABALU: Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Hendrus Anding berkata, bekalan padi untuk kilang padi yang berada di Papar adalah berasal dari daerah Papar dan Membakut.
Katanya, tidak ada benih padi dibekalkan kepada kilang padi di daerah Papar.
“Jabatan Pertanian Sabah hanya membekalkan benih padi sah hanya kepada pesawah yang terlibat dalam Skim Pengeluaran Benih Padi Bermutu,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.
Beliau menjawab soalan lisan daripada Mohd. Tamin Zainal (Pantai Manis) yang bertanya dari manakah bekalan benih padi untuk kilang padi yang berada di Papar kerana daerah tersebut sudah berkurangan aktiviti menanam padi.


































