Lau dan Redonah bergambar bersama kakitangan hospital.
KOTA MARUDU: Syarikat Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC) memberikan sumbangan 200 kotak lampin pakai buang kepada wad kanak- kanak di Hospital Kota Marudu di sini, kelmarin
Program amal itu disertai Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Redonah Bahanda bersama Ketua Pengarah Eksekutif KTC, Datuk Dexter Lau.
Turut menerima sumbangan Wad Kanak- kanak di Hospital Lotong, Klinik Ibu dan Anak dan Pejabat Kesihatan Kota Marudu.
Menghargai sumbangan daripada KTC itu, Redonah berharap ia dapat membantu pesakit terutama di wad kanak-kanak yang memerlukan lampin pakai buang.
“Kita amat menghargai sumbangan CSR KTC untuk membantu terutama wad kanak-kanak di hospital yang terlibat.
“Program tersebut diadakan bagi menambah aktiviti kemasyarakatan dan mengeratkan hubungan silaturahim sesama kakitangan hospital. Ia merupakan satu program khidmat komuniti yang baik dan akan diteruskan dari semasa ke semasa,” kata Redonah.
“Seharusnya kita memberi sokongan penuh untuk program-program seperti ini dan berikrar akan terus membantu sedaya yang boleh untuk menjayakan program berbentuk kebajikan,” tambahnya.
Sementara itu, Lau berkata, KTC telah menyerahkan sebanyak 200 kotak iaitu bersamaan 1600 pek lampin pakai buang jenama UNIDRY Happy Baby Pants untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan khususnya Hospital Kota Marudu dan beberapa Klinik Kesihatan di Kota Marudu.

































