Ng Tze Sai
KOTA KINABALU: Hantaran Facebook baru-baru ini “Kasi jadi lah bah, PBS STAR + WARISAN” oleh Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Petagas, Azmi Ahmad, yang telah tular, kami ingin menjelaskan bahawa hantaran ini merupakan pandangan peribadi Azmi dan tidak mewakili pendirian PBS atau Bahagian PBS Petagas.
Timbalan Ketua Bahagian PBS Petagas, Ng Tze Sai yang juga Ahli Majlis Tertinggi PBS menegaskan ini dalam kenyataan hari ini.
“PBS Bahagian Petagas menegaskan komitmen kami untuk menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor,” katanya.
Sebarang kekeliruan atau kesulitan yang timbul akibat perkara ini amat dikesali, tambahnya.


































