KOTA KINABALU: Persatuan Wartawan Kota Kinabalu (KKJA) dengan kerjasama Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Queen Elizabeth II, akan menganjurkan kempen menderma darah di ITCC Penampang (tingkat bawah – dekat pintu masuk utama), Penampang, esok (22 Sept) bermula jam 10 pagi hingga 5 petang.
Kempen yang mensasarkan untuk mengutip 150 pain darah ini menyediakan 5kg beras sumbangan BERNAS dan baucar beli belah kepada 100 penderma darah terawal.
Pelbagai barangan daripada para penyumbang lain turut disediakan untuk para penderma darah.


































