KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abdul Rahman Zohari Openg akan menghadiri sambutan Hari Malaysia anjuran Sabah pada 16 September ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor berkata, sambutan tersebut yang merupakan anjuran bersama Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri dan Kementerian Komunikasi Persekutuan, akan diadakan di Padang Merdeka di sini bermula jam 7 malam.

Haji Hajiji Haji Noor
Sementara itu, Ketua Menteri mengumumkan bahawa Kabinet Negeri telah membuat keputusan bahawa hari Selasa (17 September) tidak akan menjadi cuti umum bagi menggantikan 16 September.
“Hari Malaysia tahun ini, cuti umum bertepatan dengan Maulidur Rasul (Hari lahir Nabi Muhammad), juga cuti umum pada 16 September. Bagaimanapun, Kabinet Negeri memutuskan tiada penggantian cuti umum pada hari berikutnya bagi sektor awam,” katanya.
Bagi sektor swasta, kata beliau, adalah terpulang kepada budi bicara majikan sama ada memberi cuti kepada pekerja mereka pada Selasa (17 September).

































