Buat julung kalinya sambutan Hari Kebangsaan Indonesia berlangsung di Nusantara.
JAKARTA: Presiden Terpilih, Prabowo Subianto mengumumkan bahawa sambutan Hari Kebangsaan Indonesia pada tahun depan akan diadakan di Ibu Kota Nusantara, Kalimantan Timur.
Menurut Utusan Malaysia, perkembangan ini bermakna sambutan hari penuh bermakna buat Indonesia itu tidak hanya diadakan di Jakarta yang sering menjadi lokasi kebiasaan pada setiap tahun, sebaliknya juga di Nusantara.
Beliau berkata demikian ketika mengiringi Presiden Joko Widodo atau juga dikenali sebagai Jokowi pada sidang media selepas upacara menurunkan bendera kebangsaan di ibu negara baharu pada Sabtu.
Bagaimanapun, beliau tidak mengesahkan sama ada majlis itu akan diadakan di kedua-dua Istana Merdeka di Jakarta ataupun Istana Negara di Nusantara.
“Kita lihat nanti, tetapi majlis itu pasti akan diadakan di sini (Nusantara),” kata Prabowo.
Kelmarin, Indonesia mencipta sejarah apabila mengadakan upacara Hari Kemerdekaan di ibu negara baru itu, diketuai oleh Jokowi dan diiringi oleh Prabowo.
Manakala Naib Presiden, Ma’ruf Amin menghadiri majlis hari kemerdekaan di Istana Merdeka di Jakarta bersama Naib Presiden Terpilih, Gibran Rakabuming Raka.
Sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia pada tahun ini menggunakan tema ‘Nusantara Baru, Indonesia Maju, mencerminkan peralihan Indonesia ke ibu negara baru dan perubahan kerajaan yang akan datang.
Ia merupakan sambutan Hari Kemerdekaan terakhir buat Jokowi apabila tempoh pemerintahannya sebagai Presiden berakhir Oktober ini, sebelum diambil alih oleh Prabowo.
























