Unit Konvoi KMJG berlepas menuju Daerah Tawau.
KALABAKAN: Hentian terakhir Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Negeri Sabah 2024 dalam daerah Kalabakan ialah di Balai Raya Kg Kuala Mungku.
Persinggahan ini bagi bersama-sama menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dan menjayakan Program Jiwa Komuniti Merdeka peringkat pekan Kalabakan sebelum dilepaskan ke Daerah Tawau oleh Pengerusi Madani Pekan Kalabakan, Rosli Kahal.
Siri penjelajahan Konvoi KMJG setakat hari ini sudah mencapai 1,070km meliputi 27 hentian setakat 16 Ogos sebelum meneruskan perjalanan ke Daerah Tawau.


































