Semakin ramai wanita di China enggan atau menangguhkan perkahwinan kerana enggan terikat dengan polisi keluarga yang tidak masuk akal.
HONG KONG: Bilangan pasangan China yang berkahwin pada separuh pertama 2024 jatuh ke paras terendah sejak 2013, dipercayai didorong oleh keadaan ekonomi yang perlahan dan kenaikan kos sara hidup.
Memandangkan bilangan perkahwinan berkait rapat dengan jumlah kelahiran dan penurunan itu berkemungkinan mengganggu penggubal dasar yang berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan populasi telah menyusut selama dua tahun berturut-turut.
Menurut Utusan Malaysia, data pendaftaran perkahwinan menunjukkan, kira-kira 3.43 juta pasangan berkahwin dalam enam bulan pertama tahun 2024, menurun sebanyak 498,000 berbanding tempoh sama tahun lalu.
Perkahwinan dianggap sebagai prasyarat untuk mempunyai anak kerana insentif dan dasar yang meluas, termasuk keperluan untuk ibu bapa mengemukakan sijil perkahwinan bagi mendaftarkan anak mereka dan menerima faedah negara.
Ramai anak muda China memilih untuk kekal bujang atau menangguhkan perkahwinan kerana prospek pekerjaan yang lemah serta kebimbangan terhadap masa depan apabila pertumbuhan ekonomi kedua terbesar dunia itu perlahan.
Kadar perkahwinan menurun di China sejak 2014.
Walaupun terdapat sedikit kenaikan pada 2023 disebabkan kelonggaran sekatan pandemik, pakar demografi, He Yafu menjangkakan kadar pada tahun ini menurun ke paras terendah sejak 1980.
Beliau percaya, antara faktor yang menyumbang kepada penurunan itu termasuk bilangan golongan lelaki yang lebih tinggi dalam populasi boleh berkahwin berbanding wanita dan kos perkahwinan yang mahal.




























