KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor (kanan) mengadakan pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan perkembangan semasa di Putrajaya, hari ini. (Gambar)
Pertemuan tersebut diadakan sejurus selepas Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri di Pejabat Perdana Menteri.
Semasa pertemuan itu, Hajiji turut menyampaikan jemputan kepada Perdana Menteri untuk merasmikan pembukaan Persidangan Ekonomi Biru Sabah (SIBEC 2024) yang akan diadakan di Kota Kinabalu pada September ini.






























