KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor menganjurkan makan malam untuk Ahli Parlimen dan Senator Sabah di Kuala Lumpur, malam tadi. (Gambar)
Perjumpaan tidak rasmi yang diadakan di Suria KLCC itu antara lain untuk membincangkan isu-isu semasa.
Ketua Menteri berada di Kuala Lumpur untuk menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri serta Persidangan Raja-raja yang akan diadakan mulai hari ini.






























