KOTA KINABALU: Satu gempa bumi kuat dilaporkan berlaku di Mindanao, Filipina pada jam 10.13 pagi tadi, yang turut dirasai di sekitar Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) melaporkan gempa bumi bermagnitude 6.6 itu dikesan pada kedalaman 632 kilometer di koordinat 6.1° Utara dan 123.3° Timur, 154 kilometer Tenggara dari Isabela City, Filipina.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memaklumkan pasukan bomba telah menjalankan pemantauan dan pengungsian bangunan di sekitar Kota Kinabalu, Penampang, Tawau, Sandakan, Ranau dan Kota Belud selepas berlakunya gegaran tersebut.


































