KOTA KINABALU: Operasi dan aktiviti pasar malam Api-Api Night Food Market @ Gaya Street akan ditutup sementara selama dua hari bermula 12 Julai.
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, penutupan sementara ini dibuat bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan di sepanjang Jalan Gaya.
Api-Api Night Food Market @ Gaya Street akan kembali beroperasi seperti biasa pada minggu berikutnya iaitu pada 19 dan 20 Julai 2024.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Penjaja, Jabatan Pelesenan, DBKK melalui talian 088-521800.
DBKK memohon maaf atas segala kesulitan.






























