Hajiji (tujuh dari kanan), Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan (tujuh dari kiri) dan Safar (enam dari kanan) bergambar bersama Ahli-ahli SPANS selepas menyerahkan watikah pelantikan di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu, hari ini.
KOTA KINABALU: Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman dilantik semula sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Julai 2024.
Mantan Pegawai Daerah, Datuk Stephen Laison Sondoh dilantik sebagai Timbalan Pengerusi, menggantikan Datuk Cladius Roman.
Daripada tujuh orang Ahli SPANS yang dilantik, dua adalah muka baharu iaitu Datuk Patrick Tan Su Teck dan Luvita Koisun.
Lima Ahli SPANS yang dilantik semula ialah Datuk Idrus Shafie, Datuk Janet Chee Ken Liam, Haji Awang Jami @ Awang Shamsi, Ariffin Gadait dan Iman Ali.
Mereka menerima watikah pelantikan daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Haji
Hajiji Haji Noor di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.
Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Haji Safar Untong, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri, Datuk Zainudin Aman dan Setiausaha SPANS, Diana Daria Amit.






























