Rosmadi (kanan) dan Dr. Kasim melakukan pertukaran Memorandum Persefahaman sambil disaksikan oleh Safar (tengah).
KOTA KINABALU: Sekretariat Sabah Maju Jaya dan Pusat Penyelidikan Ekonomi Biru dan Maritim, Universiti Malaysia Sabah (UMS) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di sini, hari ini.
MoU tersebut bertujuan untuk memperkukuh kerjasama institusi dalam bidang ekonomi biru dan maritim sekali gus meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Sabah.
UMS diwakili Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor manakala Sekretariat Sabah Maju Jaya diwakili oleh Ketua Pegawai Penyelarasnya, Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai.
Ia disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Sr. Safar Untong.
Rosmadi berkata, MoU ini juga akan memastikan pemindahan ilmu dan teknologi terkini dapat dipratikkan selain menggalakkan penyediaan data berkualiti untuk pembuatan dasar.
“Selain itu juga MoU ini akan menyokong agenda pembangunan negeri Sabah, serta menarik pelaburan dalam bidang ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.


































