Hajiji menyampaikan sumbangan kepada salah seorang wakil masjid/surau.
TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan 157 ekor lembu korban kepada masjid, surau, jabatan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Tuaran dan Tamparuli sempena Hari Raya Aidiladha.
Menerima sumbangan di Pusat Kebudayaan Bajausama di Lok Batik hari ini ialah wakil daripada 67 masjid dan surau, 18 pasukan keselamatan negeri dan persekutuan serta 17 NGO.
Antara penyumbang lembu korban ialah Sawit Kinabalu dan Sabah Energy Corporation.
Hari Raya Aidil Adha jatuh pada hari Isnin (17 Jun).
































