TUARAN: Seorang lelaki berusia 94 tahun yang dilaporkan hilang di hutan di Kampung Kionsom Baru, Tamparuli, fekat sini petang kelmarin telah ditemui selamat.
Pusta Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah memaklumkan mangsa berjaya dijumpai dengan selamat oleh orang awam pada jam 4.29 petang kelmarin satu kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
Mangsa telah diberi rawatan awal oleh Pasukan EMRS Bomba dan seterusnya dihantar ke Hospital Tuaran untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Operasi mencari dan menyelmaat ditamatkan pada jam 4.50 petang.
Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran menerima maklumat mengenai kehilangan mangsa pada jam 3.02 petang kelmarin.
































