RANAU: Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Kundasang menerima seramai 80 orang ahli baharu di Dewan Mini Kampung Mesilou, baru-baru ini.
Borang permohonan ahli baharu Cawangan PBS Kampung Mesilau itu diserahkan oleh Samsul Sinun, Ketua Pemuda Cawangan Kg. Mesilou kepada Kasinin Basir yang merupakan Naib 1 Induk Bahagian PBS pada majlis diadakan semasa mesyuarat cawangan kampung itu. (gambar)
Program itu juga diadakan dengan kerjasama Pemuda PBS Kundasang.
Hadir sama ialah Ruhatin Duari, Ketua Kampung Kesilou dan Sham Shariff Sinun, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).


































