KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor menyaksikan penyerahan sumbangan sebanyak RM100,000 daripada Sime Darby Plantation, disampaikan oleh Pengerusinya, Tan Sri Dr. Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani kepada Yayasan Kebajikan Sabah (YKS), diterima oleh Pengarahnya, Hajah Rugayah Awang Besar di Menara Kinabalu, di sini, hari ini. (Gambar)
Pada masa sama, Ketua Menteri juga diberi taklimat berhubung operasi Sime Darby Plantation di Sabah.
YKS ditubuhkan sejak tahun 2021 untuk membantu Kerajaan Negeri dalam menggerakkan agenda kebajikan rakyat di Sabah, terutama menyalurkan sumbangan kebajikan kepada golongan kurang berkemampuan dan berkeperluan khas.
Turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran), Datuk Hajah Diyanah Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Plantation, Datuk Mohamad Helmy Othman Basha dan pengurusan kanan syarikat itu.
































