Fadillah (dua kanan) bersama mengaminkan doa sebelum memasuki Balai Kenamaan.
KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof tiba di Sabah bagi menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 yang akan diadakan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, esok.

Pesawat khas yang dinaiki beliau mendarat di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) sekitar pukul 5.35 petang pada Jumaat.
































