Shahelmey (empat kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Tun Juhar (empat kanan).
KOTA KINABALU: Seramai 20 ribu pengunjung disasarkan hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Sabah Tahun 2024.
Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata majlis tersebut akan diadakan pada 14 April ini di Sabah International Convention Centre (SICC).
Beliau ditemui media di Istana Seri Kinabalu selepas mengadakan kunjungan hormat bagi menjemput Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin untuk hadir ke majlis tersebut.
Shahelmey turut memaklumkan, Sabah juga akan mengadakan Rumah Terbuka Kerajaan Madani dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Malaysia pada 20 April ini.


































