KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan membuka Bazar Ramadan bagi tahun 2024 yang akan bermula pada 12 Mac 2024 (Selasa) hingga 9 April 2024 (Selasa), jam 1.00 petang hingga 7.00 malam setiap hari di lokasi-lokasi Bazar Ramadan yang telah dikenal pasti oleh DBKK.
Sehubungan dengan itu, DBKK akan melaksanakan penutupan sementara lokasi-lokasi yang tersenarai di bawah bagi memberi laluan kepada penganjuran Bazar Ramadan tersebut di atas mengikut perincian berikut :

Bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik, DBKK menasihatkan para pengguna jalan raya, para pengusaha kedai berdekatan lokasi bazar, para peniaga dan pengunjung untuk mematuhi arahan anggota penguat kuasa yang bertugas dan menggunakan jalan alternatif serta tempat letak kereta lain yang berhampiran sepanjang tempoh penutupan sementara jalan dan tempat letak kereta ini.
Sehubungan dengan itu, selain daripada lokasi bazar yang tersenarai di atas, DBKK juga menjemput orang ramai untuk mengunjungi Bazar Ramadan lain yang disediakan oleh DBKK di Padang Merdeka, Pekan Tanjung Aru (sebelah Pejabat Pos), City Park dan Taman Chong Thien Vun yang menawarkan pelbagai juadah untuk berbuka puasa.


































