SEOUL: Khabar angin percintaan membabitkan anggota EXO, Lay, 32, dengan aktres ternama China, Zhao Lusi, 25, bertiup kencang apabila kedua-duanya didakwa tinggal di hotel yang sama, dekat sini baru-baru ini.
Menurut Utusan Malaysia, portal KpopStarz melaporkan, kedua bintang ternama itu juga dikenal pasti meletakkan kenderaan masing-masing di parkir hotel tersebut selain turut dilihat meninggalkan hotel berkenaan secara berasingan.
Disebabkan gosip berkenaan, nama kedua-dua selebriti terbabit menjadi antara carian tertinggi di platform dalam talian terkenal China, Weibo.
Susulan itu, agensi pengurusan Lay, Zhang Yixing menepis gosip terbabit menerusi satu kenyataan baru-baru ini yang antara lain menjelaskan bahawa Lay tidak merancang untuk bercinta dengan mana-mana individu buat masa ini.
Pihaknya juga menepis gosip percintaan Lay dengan Zhao Lusi dengan beralasan kedua selebriti itu tidak pernah bekerjasama sebelum ini.




























