Tun Juhar (lima dari kiri) dan Toh Puan Norlidah (empat dari kanan) diiringi Ketua Menteri, Hajiji (tiga dari kiri) dan Juliah (tiga dari kanan), bersama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick menyempurnakan upacara memotong kek sempena Majlis Ramah Mesra dan Rumah Terbuka Krismas 2023.
PENAMPANG: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor dan isteri, Datin Seri Hajah Juliah Salag, menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Rumah Terbuka Krismas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick, yang juga Ahli Parlimen Penampang, di Dewan Pusat Kebudayaan Penampang, di sini, hari ini.
Majlis itu turut dihadiri Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun (Dr) Haji Juhar Mahiruddin dan isterinya, Toh Puan (Dr) Hajah Norlidah R.M. Jasni.

































