Hajiji (dua dari kiri) menerima cenderahati daripada Jauteh pada Malam Mes Diraja sempena ulang tahun rasmi Tun Juhar Mahiruddin ke-70 malam tadi.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor menghadiri Malam Mes Diraja sempena sambutan Ulang Tahun Rasmi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin yang ke-70 malam tadi.

Tun Juhar (satu dari kanan) bersembang dengan Hajiji dan Jauteh
Hajiji dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun hadir untuk menyambut Juhar dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M. Jasni sebaik tiba di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini.


































