Para pengamal media bergambar bersama kakitangan PSUPS.
KOTA KINABALU: Pengamal media berperanan besar dalam menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat.
Setiausaha Persekutuan (SUP) Sabah Datuk Makhzan Mahyuddin berkata, media merupakan medium dalam menyampaikan fungsi dan peranan pejabat-pejabat persekutuan negeri ini.
“Kita sangat menghargai sumbangan yang telah diberikan oleh pihak media dalam menyebarkan fungsi dan peranan yang telah dilaksanakan oleh Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah (PSUPS) serta pejabat-pejabat persekutuan lain di negeri ini kepada rakyat.

Jainisah (kiri) menerima hadiah cabutan tiket bertuah yang turut diadakan pada program tersebut.
“Mereka (media) merupakan medium penting yang menjadi perantara kita dengan masyarakat dalam menyampaikan segala dasar, matlamat dan info terkini pejabat-pejabat persekutuan di Sabah.
“Harapan kita agar program sebegini akan diteruskan pada masa hadapan bagi mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara media dan PSUPS,” katanya ketika ditemui media dalam majlis Jalinan Mesra Media: Bowling Bersama PSUPS, di sini pada Khamis.
Dianggarkan 100 orang hadir memeriahkan program tersebut terdiri daripada pengamal media di negeri ini serta kakitangan PSUPS dalam usaha mengeratkan hubungan kerjasama dalam memartabatkan peranan masing-masing dan berbakti kepada masyarakat.
Turut hadir, Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor, Pengarah Penyiaran Sabah, Salmah Hashim dan Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Sabah, Supian Musa.


































